13 March 2010
Paku di Hati
ada seorang pemuda yang sangat pemarah
dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja
pada suatu hari
bapanya telah menghadiahkannya
dengan seguni paku
"untuk apakah paku-paku ini ayah?"
tanya pemuda tersebut.
"setiap kali kamu marah
kamu pakulah tembok batu
di hadapan rumah kita ini
bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya.
pada hari yang pertama sahaja
pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku
pada tembok batu tersebut
selepas beberapa minggu
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan
dia mendapati
adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukul paku ke tembok batu tersebut
akhirnya..
pada suatu hari
di mana pemuda tersebut tidak marah
walau sekali pun, dalam hari itu
dia pun memberitahu ayahnya
mengenai perkara tersebut dengan gembira
bapanya mengucapkan tahniah
dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu, satu persatu
pada setiap hari yang ia lalui
tanpa rasa kemarahan
hari berganti hari
dan akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua paku-paku tersebut
pemuda tersebut memberitahu
kepada bapanya dengan bangganya
bapanya memimpin tangannya
ke tembok tersebut dan berkata,
"kau telah melakukannya dengan baik
tetapi lihatlah kesan lubang di tembok batu itu
tembok itu tidak akan kelihatan seperti sebelumnya
bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti ini
kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya"
"tetapi ingatlah
tak kira berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatanmu itu
namun lukanya masih tetap ada"
luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal
sahabat adalah permata yang sukar dicari
mereka membuatkan kamu ketawa
dan menggalakanmu ke arah kejayaan
sahabat juga adalah seorang pendengar
berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita
maafkan saya
sekiranya saya pernah meninggalkan
kesan berlubang di dinding hati anda
akar kecil si ribu-ribu
akar besar gantung bergantung
masa kecil ditimang ibu
bila besar ditimang gelombang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment