Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

15 May 2011

Aktiviti


HARI KELUARGA WISMA PUTRA 2011

Meriah! Sambutan Hari Keluarga Wisma Putra pada 23 April 2011 (Sabtu) di Taman Wetland, Putrajaya disambut penuh meriah dengan dihadiri oleh warga Wisma Putra dari pelbagai peringkat. Hari Keluarga Wisma Putra 2011 telah dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Negeri dan turut hadir beramah mesra dengan warga Wisma Putra pada hari tersebut adalah YB Senator Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri, YBhg. Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan pegwai-pegawai kanan lain.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dilaksanakan pada hari tersebut adalah aerobik Fit4Life, pertandingan karaoke Wisma Idol, treasure hunt serta pelbagai acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa. Selain daripada itu, Wisma Putra juga telah mengumpulkan 27 kereta pemanduan sebelah kiri, sekaligus berjaya disijilkan “The Largest Gathering of Left-Hand Drive Vehicles in Malaysia” oleh Malaysia Book of Records.



10 January 2011

Aktiviti Sukan


Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
akan menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup
Kementerian Luar Negeri Tahun 2011


Tarikh: (Rabu) 26 Januari 2011
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: ARL Powerbowl, Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

Selain menggalakkan amalan cara hidup sihat
pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat kesukanan
di kalangan warga Kementerian Luar Negeri.

Pertandingan ini juga diharapkan
akan dapat mencungkil bakat-bakat baru
untuk mewakili Kementerian ini
dalam kejohanan/pertandingan boling
yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan kelak.

Semua warga Kementerian Luar Negeri dan pasangan
adalah dijemput dan dialu-alukan untuk menyertai
dan seterusnya menjayakan kejohanan ini.

Yuran penyertaan adalah RM35.00 sahaja
bagi setiap peserta, yang juga meliputi:
- Yuran Permainan (untuk 3 games / 30 frames, dan sewaan kasut)
- Jamuan Ringan
- Hadiah dan Sijil Penyertaan
- Baju-T Khas Kejohanan

Borang Pendaftaran perlu dilengkapkan dan dikembalikan
kepada Encik Zulkiply Endut (Bahagian Kewangan dan Akaun)
atau Cik Norhasimah Mohd Nor (Bahagian ICT)
sebelum/pada (Isnin) 17 Januari 2010.

Format Kejohanan; adalah secara individu.
Bagaimanapun, semua peserta akan dibahagikan
kepada kumpulan berasingan secara rawak,
pada hari kejohanan tersebut,
yang mana akan juga bertanding secara berkumpulan.

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah:

Kategori Lelaki (Individu):
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat hingga Kesepuluh
Jatuhan Pin Tertinggi: Pertama, Kedua, Ketiga

Kategori Wanita (Individu):
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat hingga Kesepuluh
Jatuhan Pin Tertinggi: Pertama, Kedua, Ketiga

Kategori Berkumpulan:
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat, Kelima


Kerjasama dan sokongan daripada semua warga Wisma Putra
dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai.


JAWATANKUASA KECIL
KEJOHANAN BOLING

03 December 2010

Aktiviti Sukan

WISMA PUTRA GOLF
MONTHLY MEDAL FOR DECEMBER 2010

Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
will be organising its December Monthly Medal
on Sunday 19 December 2010.

The Game details are as follows:
Date: 19th December 2010 (Sunday)
Tee-off: 1.45pm
Venue: Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang
Fee: RM 150.00 (Fee inclusive of green fee,
buggy for twin sharing and a dinner)

All Wisma Putra Golfers
are invited to join.


KETUA BIRO SUKAN

01 December 2010

Aktiviti Rekreasi

AKTIVITI BERKHEMAH DAN MENDAKI GUNUNG LEDANG

Biro Rekreasi, Kelab Sukan Dan Kebajikan Wisma Putra
akan menganjurkan satu aktiviti mendaki Gunung Ledang.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini
memilih destinasi Gunung Ledang
kerana laluan pendakian yang bakal ditempuhi
oleh para pendaki adalah tidak terlalu mudah
dan tidak terlalu sukar serta sesuai
bagi pendaki yang baru pertama kali mencuba.

Penyertaan adalah terbuka
untuk semua Warga Wisma Putra.
Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Tarikh: Jumaat–Ahad (17-19 Disember 2010)
Masa bertolak: 3.00 petang
Bayaran: RM 50


KETUA BIRO REKREASI

29 November 2010

Aktiviti Sukan

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah
dan Bola Tampar Pantai
Lelaki/Wanita MAKSWIP 2010
telah berlangsung
pada 26 hingga 28 November 2010
bertempat di Kangar, Perlis
dan keputusannya adalah seperti berikut:-

Bola Sepak 9 Sebelah (Lelaki)

Pusingan Pertama
KLN (0) vs KPKK (0)
KLN (0) vs Imigresen (1)
** gagal ke pusingan seterusnya

Bola Tampar Pantai (Lelaki)

Pusingan Pertama
KLN (25) vs Pelancongan (17)
KLN (26) vs KPKK (27)
KLN (18) vs PPUM (25)
KLN (15) vs FRIM (25)
** gagal ke pusingan seterusnya

Bola Tampar Pantai (Wanita)

Pusingan Pertama
KLN (11) vs FRIM (21)
KLN (18) vs MOF ’A’ (21)
KLN (13) vs KAKEP (21)
** gagal ke pusingan seterusnya






Senarai Peserta:

Bola Sepak 9 Sebelah
Encik Neow Choo Seong
Encik Mohd Parhan Mahabot
Encik Gilbert Anak Jim
Encik Clint Caesar Ak Jinggan
Encik Musa Abdul Wahab
Encik Zainor Ezadin Zainordin
Encik Mohd Hazwan Hussin
Encik Mohd Fadlie Shah Dimyati
Encik Mohd Khairul Nizam Abu Husin
Encik Syaharizad Sahri
Encik Mohd Khidir Khalid
Encik Ali Sadikin Abu Bakar Badri
Encik Asri Mohamed
Encik Mohammad Abdullah
Encik Jahida Lahaudin
Encik Yusof Ab. Rahman
Encik Mohd Affandy Suriadi
Encik Mohd Khairul Nizam Samsudin
Encik Nasrudin Hashim

Bola Tampar Pantai (Lelaki)
Encik Mohd Fariz Zakaria
Encik Syaharuddin Mahmud
Encik Rozi Saad
Encik Zairuz Fadwaz Abdul Rahman
Encik Mohd Azrul Abdul Karim
Encik Abdul Rashid Bidin
Encik Najmuddin Al-Nasafi Mat Daud
Encik Mohd Izam Hj. Bangi

Bola Tampar Pantai (Wanita)
Cik Heti Aznin Osman
Puan Noraini Abdul Hamid
Cik Zaharah Abu Bakar
Puan Mariaton Yusof
Puan Norlilah Ahmad
Puan Hidia Muin

Wakil Biro Sukan
Encik Rizany Irwan Mohamad Mazlan
Cik Norhasimah Mohd Noor





Tahniah kepada para pemain
walaupun tidak berjaya ke pusingan seterusnya,
semangat kesukanan yang ditunjukkan wajar
dipuji walaupun ada beberapa pemain yang cedera.

Teruskan perjuangan anda di masa akan datang
agar dapat mengharumkan lagi nama WISMA PUTRA.


AJK Biro Sukan

22 October 2010

Aktiviti Sukan






Kejohanan Futsal Lelaki/Wanita MAKSWIP 2010
telah berlangsung pada 21–22 Oktober 2010
bertempat di Sports Planet Ampang, Kuala Lumpur
dan keputusannya adalah seperti berikut:-

*Wisma Putra diwakili oleh:
Futsal Lelaki TEAM A
Futsal Lelaki TEAM B
Futsal Wanita

Pusingan Pertama
KLN A (3) vs SPRM (1)
KLN A (1) vs KESKEP (4)

Pusingan Kedua (Kalah mati)
KLN A (1) vs JKR A (3)

** Futsal Lelaki Team A gagal ke Pusingan seterusnya


Pusingan Pertama
KLN B (2) vs JKR B (3)
KLN B (3) vs PPUM (4)

** Futsal Lelaki Team B gagal ke Pusingan kedua


Pusingan Pertama
KLN (0) vs KESKEP (0)
KLN (2) vs PENERANGAN (4)

Pusingan Kedua (Kalah mati)
KLN (0) vs KWSP (4)

** Futsal Wanita gagal ke Pusingan seterusnya


Senarai pemain Futsal Lelaki/Wanita MAKSWIP 2010:

Lelaki TEAM A
Encik Mohd Parhan Mahabot
Encik Musa Abdul Wahab
Encik Clint Caesar Ak Jinggan
Encik Gilbert Anak Jim
Encik Ahmad Munzir Abd Aziz
Encik Muhd Fadzil Shahari
Encik Asri Mohamed
Encik Zakril Ahmad
Encik Haizad Fahmi Mohd Kamal
Encik Firdaus Mohamad

Lelaki TEAM B
Encik Muhammad Hanif Derus
Encik Nur Adham Fazuan Mohd Nor
Encik Mohd Faizal Abdul Latib
Encik Mohd Hafizi Mohd Jamil
Encik Mohd Affandy Suriadi
Encik Mohd Zasman Istamar
Encik Yusof Ab. Rahman
Encik Muhammad Iskandar Kamazaman
Encik Muhammad Rusydan Hairol Besri
Encik Muhamad Khairuddin Aziz

Wanita TEAM
Cik Heti Aznin Osman
Puan Chempawan Saidina Othman
Cik Norhasimah Mohd Noor
Cik Noor Farhan Mohamed Yusoff
Puan Noraini Abdul Hamid
Puan Nor Saadah Abd Samad
Cik Zaharah Abu Bakar
Cik Hidia Muin
Puan Siti Khatijah Ismail
Puan Ernie Zuraida Abdul
Cik Cordelia Abdul Rahim

Tahniah kepada para pemain
walaupun tidak berjaya ke pusingan seterusnya
semangat kesukanan yang ditunjukkan wajar dipuji.

Teruskan perjuangan anda di masa akan datang
agar dapat mengharumkan lagi nama WISMA PUTRA.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyokong-penyokong
yang datang memberi sokongan kepada para pemain.

Sekian, terima kasih.

AJK Biro Sukan, KSKWP

09 August 2010

Keputusan Pertandingan

Majlis Perasmian




Adegan Semasa Pertandingan





Acara Sampingan


Kehebatan Semakin Sengit



Adat Bertanding




Pertandingan Badminton Tertutup KLN 2010
anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
dengan kerjasama PERWAKILAN telah berlangsung
pada 6 – 8 Ogos 2010 bertempat di Dewan Serbaguna, WP2
dan keputusannya adalah seperti berikut:-

Perseorangan Lelaki
Johan : Encik Carlervin Sukin
Naib Johan : Encik Musa Abdul Wahab
Tempat Ketiga : Encik Mohd Khairi Hussain

Perseorangan Wanita
Johan : Puan Shafinaaz Abdullah
Naib Johan : Puan Mariaton Yusof
Tempat Ketiga : Puan Dzuraini Hamzah

Bergu Lelaki Veteran
Johan : Encik Hassan Ismail / Encik Nasarudin Hashim
Naib Johan : Encik Abd Razak Osman / Encik Awaluddin Mohd Nasir
Tempat Ketiga : Encik Hamdan Ahmad / Encik Ayauf Bachi

Bergu Lelaki
Johan : Encik Musa Abdul Wahad / Encik Ibnu Ridzwan Zulkupli
Naib Johan : Encik Mohd Fadlie Shah Dimyati / Encik Mohd Hazwan Hussin
Tempat Ketiga : Encik Abdul Razak Osman / Encik Hassan Ismail

Bergu Wanita
Johan : Cik Norhasimah Mohd Nor / Puan Nurmazani Daud
Naib Johan : Cik Rosmawati Mohd Junoh / Cik Rosfazidah Razi Varathau Rajoo
Tempat Ketiga : Puan Nor Saadah Abd Samad / Cik Nurashikin Ab. Rahim

Bergu Campuran
Johan : Puan Dzuraini Hamzah / Encik Ibnu Ridzwan Zulkupli
Naib Johan : Puan Shafinaaz Abdullah / Encik Alauddin Mohd Nor
Tempat Ketiga : Cik Norhasimah Mohd Nor / Encik Kathiravan Subramaniam


Bagi pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra serta PERWAKILAN
kami mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang.

Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda
di masa yang akan datang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat
di dalam menjayakan pertandingan ini
dan penyokong-penyokong yang datang
memberi sokongan kepada para pemain.

Sekian, terima kasih.

Biro Sukan, KSKWP