Showing posts with label Biro Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Biro Rekreasi. Show all posts

01 May 2014

EKSPEDISI HUTAN ROYAL BELUM, GRIK, PERAK



Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah mengadakan Ekspedisi Hutan Royal Belum, Perak dari 1 – 3 Mei 2014.  Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 9 orang wanita yang mengikuti ekspedisi ini. 

Di antara program tersebut termasuk lawatan ke penempatan Orang Asli Suku Jahai di Kampung Aman Damai, Perak. Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Biro Rekreasi berinteraksi dan melihat secara dekat akan kehidupan suku kaum tersebut.  Bagi menghargai kesediaan Orang Asli tersebut menerima kunjungan ahli-ahli Biro Rekreasi dan bagi merapatkan hubungan dengan mereka, Biro Rekreasi turut menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan, makanan, pakaian serta alat tulis semasa mengunjungi perkampungan mereka. 

Selain merasai pengalaman bermalam di dalam HouseBoat serta memancing, para peserta juga berpeluang melihat bunga terbesar iaitu Raflesia dan juga Santuari Ikan Kelah. 



























 









08 September 2013

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU 2013


Biro Rekreasi telah menganjurkan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu pada 8 - 10 September 2013 yang lepas. Seramai 12 orang warga KLN yang telah mengikuti ekspedisi ini yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato' Noraini Ab Hamid selaku Ketua Biro Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra. 9 orang peserta telah menjaya menawan puncak Gunung Kinabalu. Tahniah diucapkan.

Selain peruntukan dari Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra, ekspedisi ini juga menerima sumbangan peruntukan dari Pejabat Menteri Luar Negeri. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan ekspedisi ini.
 















05 December 2012

EKPEDISI MENDAKI GUNUNG YELLOW PASS (5 - 7 OKTOBER 2012)


EKSPEDISI MENDAKI DAN BERKHEMAH DI GUNUNG YELLOW PASS CAMERON HIGHLAND,  5 – 7 OKTOBER 2012

Kelab Mendaki Wisma Putra di bawah naungan Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berjaya mengadakan Ekspedisi Mendaki dan Perkhemahan di Gunung Yellow Pass, Cameron Highland sebagai aktiviti penutup tahun 2012.  Ekspedisi ini dipilih bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama Warga Wisma Putra di samping beriadah amnya.

Ekspedisi yang diketuai oleh Ketua Biro Rekreasi, Y.Bhg. Dato' Nor'Aini Abd Hamid dan disertai seramai 24 orang pendaki tengar Wisma Putra telah berjaya menawan puncak Gunung Yellow Pass kira-kira pukul 6.00 petang pada 6 Oktober 2012.

Tahniah kepada semua peserta..!!

Sesi pembahagian ration
Sebelum bertolak ke check point pertama

Sebelum pendakian bermula
Sebelum pendakian bermula
Trak ke kaki gunung
Dah macam pelarian bila naik trak nie...
Hujan...lagi sejuk
Suasana di pagi hari di puncak Yellow Pass
Sebelum turun dari puncak
Posing dulu
cheessss.....
Hujan lagi