01 May 2014

EKSPEDISI HUTAN ROYAL BELUM, GRIK, PERAK



Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah mengadakan Ekspedisi Hutan Royal Belum, Perak dari 1 – 3 Mei 2014.  Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 9 orang wanita yang mengikuti ekspedisi ini. 

Di antara program tersebut termasuk lawatan ke penempatan Orang Asli Suku Jahai di Kampung Aman Damai, Perak. Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Biro Rekreasi berinteraksi dan melihat secara dekat akan kehidupan suku kaum tersebut.  Bagi menghargai kesediaan Orang Asli tersebut menerima kunjungan ahli-ahli Biro Rekreasi dan bagi merapatkan hubungan dengan mereka, Biro Rekreasi turut menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan, makanan, pakaian serta alat tulis semasa mengunjungi perkampungan mereka. 

Selain merasai pengalaman bermalam di dalam HouseBoat serta memancing, para peserta juga berpeluang melihat bunga terbesar iaitu Raflesia dan juga Santuari Ikan Kelah. 



























 









19 April 2014

KEJOHANAN BOLA JARING MAKSWIP 2014


Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 2014 pada 19 - 20 April 2014 bertempat di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Wisma Putra telah menghantar satu pasukan Bola Jaring untuk menyertai kejohanan ini.

 


Senarai Nama Pemain Bola Jaring Wisma Putra

BIL.
NAMA
BAHAGIAN
1.     
Cik Norhasimah Mohd Nor
ICT
2.     
Puan Rishamila Muhamed @ Mat Yasin
Inspektorat
3.     
Puan Normah Rahim
Pejabat KSU
4.     
Puan Fatimah Said
Kewangan dan Akaun
5.     
Cik Yantie Rafidah Sulaiman
Pejabat KSU
6.     
Cik Normaswani Norhizlan
Inspektorat
7.     
Puan Rozalah Hashim
PSM
8.     
Cik Heti Aznin Osman
ICT
9.     
Cik Nurul Shahzreenah Jam’an
PSM
10.  
Cik Nabila Huda Mohd Yusof
PSM
11.  
Puan Rohayu Md Saad
Pejabat Menteri
12.  
Puan Noraini Ab. Hamid
ICT
13.  
Cik Zaharah Abu Bakar
Kewangan dan Akaun