29 March 2012

Aktiviti Sukan 2012

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP KLN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Bola Tampar Tertutup KLN 2012 anjuran Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berjaya diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya.

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dankeputusannya adalah seperti berikut:


Bagi pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra, kami mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan kejohanan ini serta para penyokong yang datang memberi sokongan kepada para peserta.

Johan: Pasukan Power Ke.com









21 March 2012

Aktiviti Kementerian 2012

KEMPEN MENDERMA DARAH DAN MENGIKRAR ORGAN

Oleh: Cik Nor'airin Abd Rashid (Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim)

Kempen Menderma Darah dan Mengikrar Organ Wisma Putra 2012 telah diadakan pada 12 Mac 2012 di Dewan Serbaguna WP 1, Kementerian Luar Negeri bermula 9.30 pagi – 4.30 petang. Kempen ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional.

Kempen ini adalah kesinambungan kepada Kempen Menderma Darah yang pernah diadakan di Wisma Putra pada 14 Februari 2011. Kempen ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan di bawah naungan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) anjuran Skim PTD Gred M48, M44 dan M41.
Objektif kempen ini adalah untuk menzahirkan keprihatinan warga Wisma Putra terhadap keperluan masyarakat di samping meningkatkan lagi kesedaran berhubung tanggung jawab kemasyarakatan di kalangan penjawat awam secara amnya, dan di kalangan warga Wisma Putra khususnya.

Selain warga warga Wisma Putra, kempen ini turut dibuka kepada penjawat awam daripada kementerian/agensi/ jabatan di sekitar Putrajaya, diplomatik kor dan orang awam. Sambutan yang diterima adalah baik dan memuaskan.

Antara pegawai pengurusan tertinggi yang telah hadir memberi sokongan adalah YB. Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Kementerian Luar Negeri, YBhg. Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri yang juga Pengerusi Majlis Bersama Jabatan; dan YBhg. Dato’ Husni Zai Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala.

Wakil TV3 dan Bernama TV telah hadir untuk membuat liputan mengenai kempen tersebut dan berita tersebut telah disiarkan dalam Berita Bernama pada 12 Mac 2012 jam 8.40 malam.





21 February 2012

Perarakan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan, 5 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" telah diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Putra, Putrajaya pada 5 Februari 2012, Ahad.

Seramai 70 orang penjawat awam Wisma Putra terlibat di dalam perarakan tahun ini, di mana perarakan kontinjen agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan telah bermula dari Istana Kehakiman dan berakhir di Dataran Putra.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan hadir bersama ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri.



15 February 2012

Golf Monthly Medal


WISMA PUTRA GOLF MONTHLY MEDAL, 29 JANUARY 2012, KELAB GOLF PERKHIDMATAN AWAM (KGPA)

The Wisma Putra Golf Monthly Medal 2012 which was held on the 29th January saw 48 golfers enjoying a sunny day at the one of the most challenging golf courses in Malaysia, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). The Monthly Medal began at 1.30 in the afternoon with Secretary General Y.Bhg Tan Sri Radzi Abdul Rahman leading the way. After four gruelling hours trying to outdo one another, the sweat-soaked golfers returned to the clubhouse to freshen up before dinner and the coveted prize-giving ceremony. Dinner was served during the prize-giving ceremony in which prizes were divided into 6 top finishers in two categories - Wisma Putra and Ex-Ambassadors as well as invited guests. A lucky draw was also held to provide lucky golfers a chance to bring home some branded golf merchandises. The following lists of winners are as follows:

Wisma Putra and Ex- Ambassadors

1. Amb. Mohd Zulkephli Mohd Noor

2. Dato’ Hj. Mohd Nor Hj. Atan

3. Dato’ Rosli Ismail

4. Dato’ Syed Norulzaman

5. Zofri Abdullah

6. Amb Zainol Rahim Zainuddin

Guests

1. Mohd. Faiz Hj Ariffin

2. H.E Jose Ramon Baranano Fernandez

3. Tn. Hj. Zahari Alias

4. Dato Ayob Ketot

5. Kamal Omar

Last, but not least, The Sports Bureau of the Ministry’s Sports and Welfare Club would like to thank all participants and sponsors for their contribution and support in making the Monthly Medal a tremendous success. Hope to see you next month!


Prepared by,
Mimi Kaur Ramday
Policy and Strategy Planning Department