30 May 2014
01 May 2014
EKSPEDISI HUTAN ROYAL BELUM, GRIK, PERAK
Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan
Kebajikan Wisma Putra telah mengadakan Ekspedisi Hutan Royal Belum, Perak dari
1 – 3 Mei 2014. Seramai
24 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 9 orang wanita yang
mengikuti ekspedisi ini.
Di antara program tersebut termasuk
lawatan ke penempatan Orang Asli Suku Jahai di Kampung Aman Damai, Perak.
Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Biro Rekreasi
berinteraksi dan melihat secara dekat akan kehidupan suku kaum tersebut.
Bagi menghargai kesediaan Orang Asli tersebut menerima kunjungan ahli-ahli Biro
Rekreasi dan bagi merapatkan hubungan dengan mereka, Biro Rekreasi turut
menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan, makanan, pakaian serta alat
tulis semasa mengunjungi perkampungan mereka.
Selain
merasai pengalaman bermalam di dalam HouseBoat serta memancing, para peserta
juga berpeluang melihat bunga terbesar iaitu Raflesia dan juga Santuari Ikan
Kelah.
Subscribe to:
Posts (Atom)