22 December 2011

PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP KLN 2011

Pertandingan Boling Tertutup KLN 2011 anjuran Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berlangsung pada 20 Disember 2011 di ARL PowerBowl, Alamanda, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha KLN. Berikut ialah keputusan pertandingan tersebut:





Bergambar secara kumpulan sebelum Pertandingan dimulakan






























Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan pertandingan ini serta penyokong-penyokong yang datang memberi sokongan kepada para peserta.

21 December 2011

AKTIVITI SUKAN

KEJOHANAN GOLF TAHUNAN WISMA PUTRA 2011, 10 DISEMBER 2011, KUALA LUMPUR GOLF & COUNTRY CLUB, BUKIT KIARA






















13 December 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KLN 2011

Pertandingan Badminton Tertutup KLN 2011 anjuran Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berlangsung pada 7, 8 dan 9 Disember 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, WP2 dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Negeri. Berikut ialah keputusan kejohanan tersebut:




Pemenang-pemenang Kejohanan Badminton Tertutup KLN 2011



































Finalis Bergu Lelaki






Finalis Perseorangan Lelaki







Finalis Bergu Wanita




Finalis Perseorangan Wanita




Finalis Bergu Campuran




Finalis Bergu Veteran


Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang dan bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda di masa yang akan datang.


Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Y.Bhg. Dato' Ahmad Izlan Idris selaku Ketua Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra kerana sudi meluangkan masa untuk sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan pertandingan ini serta penyokong-penyokong yang datang memberi sokongan kepada para pemain.

10 December 2011

BOLA SEPAK WISMA PUTRA

Majlis penyerahan jersi kepada Pasukan Bola Sepak Wisma Putra telah disempurnakan oleh wakil YB Menteri Luar Negeri iaitu YBhg. Dato' Harry Alian Baking, Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Luar Negeri pada 9 Disember 2011. Majlis turut dihadiri oleh Encik S. Siva Kumar dan Encik Peter Dennis, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan-Timbalan Menteri Luar Negeri. Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Bola Sepak WP bagi perlawanan-perlawanan yang seterusnya.






30 November 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KLN 2011


Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra (KSKWP) akan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kementerian Luar Negeri 2011 seperti berikut:

Tarikh : 7, 8 dan 9 Disember 2011 (Rabu - Jumaat)
Masa : 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna, WP2

Semua warga Kementerian Luar Negeri termasuk pasangan dan keluarga adalah dijemput dan dialu-alukan untuk menyertai dan seterusnya menjayakan kejohanan ini.

Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :
· Perseorangan Lelaki
· Perseorangan Wanita
· Bergu Lelaki
· Bergu Wanita
· Bergu Campuran
· Bergu Veteran (45 tahun dan ke atas)

Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam dua (2) acara sahaja.

Yuran penyertaan adalah RM10.00 bagi acara perseorangan dan RM20.00 untuk setiap bergu. Borang Pendaftaran adalah di lampirkan bersama-sama untuk dilengkapkan dan dikembalikan (berserta yuran penyertaan) kepada Encik Zofri Abdullah (Belanjawan) / Encik Jesse Quiban (Protokol) / Puan Shafinaaz Abdullah (Inspektorat) selewat-lewatnya pada 1 Disember 2011.

Sekian, terima kasih.

Biro Sukan
Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra

22 November 2011

AKTIVITI SUKAN

Perlawanan Persahabatan Bolasepak Antara Kelab Bolasepak Wisma Putra dengan Kelab Bolasepak Pemuda Batang Kali, 17 November 2011 (Khamis), Stadium Pancarona Presint 18, Putrajaya















Nota kaki: Walaupun Kelab Bolasepak Wisma Putra kalah 2-4 kepada Kelab Bolasepak Pemuda Batang Kali, semangat berpasukan dan usaha gigih jelas terpacar di wajah pemain-pemain Wisma Putra. Tahniah!