18 July 2011

AKTIVITI

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BEREMBUN & AIR TERJUN LANSIR DUNGUN, TERENGGANU 24 - 27 JUN 2011

Kelab Mendaki Wisma Putra di bawah kelolaan Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berjaya menjalankan ekspedisi mendaki Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir pada 24 – 27 Jun 2011. Terletak di Dungun, Terengganu Darul Iman. Gunung Berembun yang mempunyai ketinggian 3,405 kaki dari aras laut, terkenal dengan pemandangan air terjun yang memukau pandangan sesiapa. Gunung ini amat sesuai untuk pencinta alam yang ghairah melihat keindahan alam.

Gunung Berembun merupakan gunung kedua yang berjaya ditawan oleh Kelab Mendaki Wisma Putra selepas Gunung Ledang pada akhir tahun 2010. Ekspedisi yang melibatkan seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada warga KLN dan dibantu oleh seorang pemandu arah ini mendapat sokongan penuh dan sumbangan dana daripada YB Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri bagi membantu kelancaran program ekspedisi.

Selain memupuk semangat berpasukan dan setiakawan, objektif utama ekspedisi ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sukan mendaki gunung di kalangan warga KLN di samping melihat keindahan flora dan fauna.


Air Terjun Chemerong
(merupakan air terjun secara terus yang tertinggi di Asia)



Puncak Gunung Berembun dan Berembun Anak


Pokok unik yang dikenali sebagai Pokok Kon



Kolam Air Terjun Lansir

Jambatan gantung


Bergambar di Puncak Gunung Berembun

No comments: