19 July 2011

AKTIVITI SUKAN

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI / WANITA MAKSWIP 2011








Kejohanan Futsal Lelaki/Wanita MAKSWIP 2011 telah berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2011 bertempat di CenterMart @ Setapak, Jalan Usahawan 3/23A, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur dan keputusannya adalah seperti berikut:

Pasukan Lelaki (TEAM A)



Pusingan Kelayakan

Kumpulan 20
KLN 'A' (0) vs JUPEM 'A' (3)
KLN 'A' (3) vs JKR WORKSHOP (0)

KLN 'A' (3) vs KESTAWI 'A' (0)
* Mendapat Naib Johan Kumpulan 20


Pusingan Pertama

KLN 'A' (2) vs FELCRA 'A' (0)


Pusingan Kedua

KLN (0) vs LHDN (1)

* Pasukan Lelaki TEAM A gagal ke Pusingan Ketiga


Pasukan Lelaki (TEAM B)


Pusingan Kelayakan

Kumpulan 7

KLN 'B' (1) vs KETTHA 'A' (3)

KLN 'B' (1) vs KDN 'B' (1)

KLN 'B' (0) vs STAT 'B' (0)

* Pasukan Lelaki TEAM B gagal ke Pusingan Pertama


Pasukan Wanita


Pusingan Kelayakan

Kumpulan 6


KLN (0) vs BSN 'A' (2)

KLN (2) vs AADK (1)

* Pasukan Wanita mendapat Naib Johan Kumpulan 6


Pusingan Pertama

KLN (2) vs KPWK (0)


Suku Akhir

KLN (0) vs KSWP (2)

* Pasukan Wanita gagal Pusingan Separuh Akhir


SENARAI NAMA PEMAIN


PEMAIN FUTSAL LELAKI (TEAM A)


1. Encik Muhammad Hanif Bin Derus (Bahagian Pentadbiran & Keselamatan)
2. Encik Nur Adham Fazuan Bin Mohd Nor (Bahagian PSM)
3. Encik Musa Abdul Wahab (Perpustakaan)
4. Encik Mohd Faizal Abdul Latib (UPRK)
5. Encik Mohd Hafizi Mohd Jamil (Inspektorat)
6. Encik Muhammad Iskandar Bin Kamazaman (UPRK)
7. Encik Ali Sadikin Abu Bakar Badri (Konsular)
8. Encik Asri Mohamed (UPRK)


PEMAIN FUTSAL LELAKI (TEAM B)


1. Encik Abdul Razak Bin Sharif (Unit MTCP)
2. Encik Mohd Affandy Suriadi (Pejabat Timbalan Menteri)
3. Encik Gilbert Anak Jim (Pejabat Timbalan Menteri)
4. Encik Clint Caeser AK Junggan (Undang-undang)
5. Encik Mohd Zasman Bin Istamar (Perlucutan Senjata)
6. Encik Ahmad Munzir Bin Abd Aziz (Asia Timur)
7. Encik Yusof Bin Ab. Rahman (UPRK)
8. Encik Mohd Rizaudin Mohamed Diah (SEARCCT)


PEMAIN FUTSAL WANITA


1. Cik Heti Aznin Osman (ICT)
2. Cik Norhasimah Mohd Noor (ICT)
3. Puan Ernie Zuraida Bt. Abdul (Pentadbiran & Keselamatan)
4. Puan Norsaadah Abd. Samad (Inspektorat)
5. Puan Norita Ariffin (PBK, KSK)
6. Cik Normaswani Norhizlan (Kewangan & Akaun)
7. Cik Zaharah Abu Bakar (Kewangan & Akaun)
8. Cik Sharmila Jig Kaur (Kewangan & Akaun)


PENGURUS PASUKAN / JURULATIH / URUSETIA


1. Encik Mohd Parhan Mahabot (ICT)
2. Encik Nor Azuan Haji Ayub (Pengurusan Sumber Manusia)
3. Encik Mohd Fadlie Shah Dimyati (JPDA)
4. Puan Noraini Abdul Hamid (ICT)

18 July 2011

AKTIVITI

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG BEREMBUN & AIR TERJUN LANSIR DUNGUN, TERENGGANU 24 - 27 JUN 2011

Kelab Mendaki Wisma Putra di bawah kelolaan Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berjaya menjalankan ekspedisi mendaki Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir pada 24 – 27 Jun 2011. Terletak di Dungun, Terengganu Darul Iman. Gunung Berembun yang mempunyai ketinggian 3,405 kaki dari aras laut, terkenal dengan pemandangan air terjun yang memukau pandangan sesiapa. Gunung ini amat sesuai untuk pencinta alam yang ghairah melihat keindahan alam.

Gunung Berembun merupakan gunung kedua yang berjaya ditawan oleh Kelab Mendaki Wisma Putra selepas Gunung Ledang pada akhir tahun 2010. Ekspedisi yang melibatkan seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada warga KLN dan dibantu oleh seorang pemandu arah ini mendapat sokongan penuh dan sumbangan dana daripada YB Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri bagi membantu kelancaran program ekspedisi.

Selain memupuk semangat berpasukan dan setiakawan, objektif utama ekspedisi ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sukan mendaki gunung di kalangan warga KLN di samping melihat keindahan flora dan fauna.


Air Terjun Chemerong
(merupakan air terjun secara terus yang tertinggi di Asia)



Puncak Gunung Berembun dan Berembun Anak


Pokok unik yang dikenali sebagai Pokok Kon



Kolam Air Terjun Lansir

Jambatan gantung


Bergambar di Puncak Gunung Berembun

14 July 2011

The Value of A Smile


Talk on 'Value of a Smile of a Public Sector Staff'

A SMILE COSTS NOTHING…..Staff of the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia last Friday (8th July 2011) attended a talk on the importance of smiling amongst members of the public sector at Wisma Putra, Putrajaya.

The talk entitled Value of a Smile of a Public Sector Staff was delivered by Puan Siti Hasiah Jusoh, a psychologist from the Ministry of Home Affairs, Malaysia.

During the three hour talk, Puan Siti Hasiah reminded participants that a smile was a gift that one could give without expecting anything in return and this practice was expected of a public sector personnel in making a customer feel appreciated when engaged in a service delivery. She also shared tips on how a smile could liven up a working atmosphere and make a whole lot of difference to an organization.

The talk, one of a series of the Friday Morning Session organised by the Human Resource Division of the ministry is consistent with the government on-going campaign Efforts to Enhance Smile Culture in the Public Sector implemented by MAMPU.






Corporate Communication Unit, Wisma Putra

13 July 2011

Tahniah!

SEKALUNG TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAKTI KEPADA 13 KETUA PERWAKILAN MALAYSIA BARU

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa menyerahkan watikah pelantikan kepada 13 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dalam satu istiadat di Istana Negara di sini.


Mereka terdiri Datuk Zainuddin Yahya (Duta Besar ke Belgium) Datuk Adnan Othman (Kuwait), Ahmad Shahizan Abd Samad (Bahrain), Datuk Badrudin Abdul Rahman (Sweden), Datin Paduka Halimah Abdullah (Itali), Datuk Ilankovan Kolandavelu (Sepanyol), Yean Yoke Heng (Croatia), Ayauf Bachi (Peru), Dr Ahmad Faisal Muhamad (Myanmar), Datuk Azmil Mohd Zabidi (Vietnam) dan Ganeson Sivagurunathan (Chile) manakala Datuk Mazlan Muhamad adalah Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand dan Azmi Zainudin, Pesuruhjaya Tinggi ke Sri Lanka.
Zainuddin, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1988, merupakan Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Khidmat Pengurusan, Kementerian Luar sebelum dilantik ke jawatan terkini. Beliau pernah bertugas sebagai Duta Malaysia ke Syria dan Ketua Pengarah, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia.


Adnan, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1984, adalah Setiausaha Bahagian Afrika di Wisma Putra dan pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.


Ahmad Shahizan pula pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral Malaysia di New York (2000-2004), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan (2007-2009) dan Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (2009-2010). Beliau merupakan Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Badrudin, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1983, merupakan Setiausaha Bahagian Kanan Direktorat Eropah, Amerika dan Afrika di Kementerian Luar sebelum dilantik sebagai duta manakala Halimah, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1979, adalah Duta ke Romania sebelum pelantikan terbaru ini.
Ilankovan adalah Duta Besar Malaysia ke Nepal bermula Disember 2007 sebelum dilantik menjadi Duta ke Sepanyol manakala Yean, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1988, pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Cuba selain menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri dari tahun 2006 hingga 2008.


Ayauf, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1999, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Protokol, Kementerian Luar manakala Ahmad Faisal merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Azmil, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1992, adalah Setiausaha Bahagian Direktorat Kerjasama Serantau dan Ekonomi Pelbagai Hala, manakala Ganeson adalah Setiausaha Bahagian Jabatan Politik Pelbagai Hala sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Mazlan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia adalah Duta Besar Malaysia ke Myanmar dari Disember 2007 sehingga dilantik ke jawatan terkini.


Azmi, sebelum dilantik ke jawatan terkini, merupakan Setiausaha Bahagian Parlimen dan Pengurusan Kualiti.


- BERNAMA