14 July 2011

The Value of A Smile


Talk on 'Value of a Smile of a Public Sector Staff'

A SMILE COSTS NOTHING…..Staff of the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia last Friday (8th July 2011) attended a talk on the importance of smiling amongst members of the public sector at Wisma Putra, Putrajaya.

The talk entitled Value of a Smile of a Public Sector Staff was delivered by Puan Siti Hasiah Jusoh, a psychologist from the Ministry of Home Affairs, Malaysia.

During the three hour talk, Puan Siti Hasiah reminded participants that a smile was a gift that one could give without expecting anything in return and this practice was expected of a public sector personnel in making a customer feel appreciated when engaged in a service delivery. She also shared tips on how a smile could liven up a working atmosphere and make a whole lot of difference to an organization.

The talk, one of a series of the Friday Morning Session organised by the Human Resource Division of the ministry is consistent with the government on-going campaign Efforts to Enhance Smile Culture in the Public Sector implemented by MAMPU.






Corporate Communication Unit, Wisma Putra

13 July 2011

Tahniah!

SEKALUNG TAHNIAH DAN SELAMAT BERBAKTI KEPADA 13 KETUA PERWAKILAN MALAYSIA BARU

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Selasa menyerahkan watikah pelantikan kepada 13 ketua perwakilan Malaysia ke luar negara dalam satu istiadat di Istana Negara di sini.


Mereka terdiri Datuk Zainuddin Yahya (Duta Besar ke Belgium) Datuk Adnan Othman (Kuwait), Ahmad Shahizan Abd Samad (Bahrain), Datuk Badrudin Abdul Rahman (Sweden), Datin Paduka Halimah Abdullah (Itali), Datuk Ilankovan Kolandavelu (Sepanyol), Yean Yoke Heng (Croatia), Ayauf Bachi (Peru), Dr Ahmad Faisal Muhamad (Myanmar), Datuk Azmil Mohd Zabidi (Vietnam) dan Ganeson Sivagurunathan (Chile) manakala Datuk Mazlan Muhamad adalah Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand dan Azmi Zainudin, Pesuruhjaya Tinggi ke Sri Lanka.
Zainuddin, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1988, merupakan Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Khidmat Pengurusan, Kementerian Luar sebelum dilantik ke jawatan terkini. Beliau pernah bertugas sebagai Duta Malaysia ke Syria dan Ketua Pengarah, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia.


Adnan, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1984, adalah Setiausaha Bahagian Afrika di Wisma Putra dan pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.


Ahmad Shahizan pula pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral Malaysia di New York (2000-2004), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan (2007-2009) dan Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (2009-2010). Beliau merupakan Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Badrudin, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1983, merupakan Setiausaha Bahagian Kanan Direktorat Eropah, Amerika dan Afrika di Kementerian Luar sebelum dilantik sebagai duta manakala Halimah, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1979, adalah Duta ke Romania sebelum pelantikan terbaru ini.
Ilankovan adalah Duta Besar Malaysia ke Nepal bermula Disember 2007 sebelum dilantik menjadi Duta ke Sepanyol manakala Yean, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1988, pernah menjadi Duta Besar Malaysia ke Cuba selain menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri dari tahun 2006 hingga 2008.


Ayauf, yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1999, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Protokol, Kementerian Luar manakala Ahmad Faisal merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Azmil, yang bertugas di Kementerian Luar sejak 1992, adalah Setiausaha Bahagian Direktorat Kerjasama Serantau dan Ekonomi Pelbagai Hala, manakala Ganeson adalah Setiausaha Bahagian Jabatan Politik Pelbagai Hala sebelum dilantik ke jawatan terkini.


Mazlan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia adalah Duta Besar Malaysia ke Myanmar dari Disember 2007 sehingga dilantik ke jawatan terkini.


Azmi, sebelum dilantik ke jawatan terkini, merupakan Setiausaha Bahagian Parlimen dan Pengurusan Kualiti.


- BERNAMA

29 May 2011

Video - Family Day


LATEST VIDEO: WISMA PUTRA FAMILY DAY 2011
Resource: Pujangga Studio

15 May 2011

Aktiviti


HARI KELUARGA WISMA PUTRA 2011

Meriah! Sambutan Hari Keluarga Wisma Putra pada 23 April 2011 (Sabtu) di Taman Wetland, Putrajaya disambut penuh meriah dengan dihadiri oleh warga Wisma Putra dari pelbagai peringkat. Hari Keluarga Wisma Putra 2011 telah dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Negeri dan turut hadir beramah mesra dengan warga Wisma Putra pada hari tersebut adalah YB Senator Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri, YBhg. Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan pegwai-pegawai kanan lain.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dilaksanakan pada hari tersebut adalah aerobik Fit4Life, pertandingan karaoke Wisma Idol, treasure hunt serta pelbagai acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa. Selain daripada itu, Wisma Putra juga telah mengumpulkan 27 kereta pemanduan sebelah kiri, sekaligus berjaya disijilkan “The Largest Gathering of Left-Hand Drive Vehicles in Malaysia” oleh Malaysia Book of Records.