18 May 2012



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-19, KSKWP

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra ke-19 telah diadakan pada 21 Mac 2012 bertempat di Auditorium WP1. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Negeri. Agenda yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut, antara lain ialah pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti KSKWP Tahun 2011 dan Laporan Kewangan. Selain itu, mesyuarat juga telah melantik barisan Ahli Jawatankuasa Sesi 2012/2013. Adalah diharapkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra akan terus maju jaya dalam merencana aktiviti sepanjang tahun 2012/2013 kelak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Sesi 2011/2012 di atas komitmen dan perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Sesi 2012/2013 yang baru dilantik. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan!


AHLI-AHLI JAWATANKUASA
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN WISMA PUTRA
SESI 2012/2013

PRESIDEN
YBhg. Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman

NAIB PRESIDEN
YBhg. Dato' Husni Zai Yaacob

SETIAUSAHA KEHORMAT
Encik Muzafar Shah Mustafa

BENDAHARI KEHORMAT
Encik Roslan Tan Sri Abdul Rahman

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT
Encik Azri Mat Yaacob

PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT
Puan Rosidawani Embong

BIRO SUKAN
TYT Ambassador Zainol Rahim Zainuddin
Cik Norhasimah Mohd Nor

BIRO KEBAJIKAN
YBhg. Dato’ Nafisah Mohamed
Encik Mohd Khairul Tazril Tarmizi
Cik Rasyidah Zainal

BIRO AGAMA
YBhg. Dato' Syed Sultan Idris

BIRO REKREASI
YBhg. Dato' Nor’Aini Abdul Hamid
Encik Karunanithi Ranoo

BIRO KEBUDAYAAN
TYT Ambassador Abdul Samad Othman
Puan Nur Ashikin Mohd Taib
Encik Mohd Norizam Mohd Tahil

BIRO PENERBITAN
Encik Ahmad Rozian Abd. Ghani
Cik Nur Ayuni Zainal Abidin

PEMERIKSA KIRA-KIRA
YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad
Encik Hamdan Ahmad

No comments: