30 November 2011

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KLN 2011


Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra (KSKWP) akan menganjurkan Pertandingan Badminton Tertutup Kementerian Luar Negeri 2011 seperti berikut:

Tarikh : 7, 8 dan 9 Disember 2011 (Rabu - Jumaat)
Masa : 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna, WP2

Semua warga Kementerian Luar Negeri termasuk pasangan dan keluarga adalah dijemput dan dialu-alukan untuk menyertai dan seterusnya menjayakan kejohanan ini.

Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :
· Perseorangan Lelaki
· Perseorangan Wanita
· Bergu Lelaki
· Bergu Wanita
· Bergu Campuran
· Bergu Veteran (45 tahun dan ke atas)

Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian dalam dua (2) acara sahaja.

Yuran penyertaan adalah RM10.00 bagi acara perseorangan dan RM20.00 untuk setiap bergu. Borang Pendaftaran adalah di lampirkan bersama-sama untuk dilengkapkan dan dikembalikan (berserta yuran penyertaan) kepada Encik Zofri Abdullah (Belanjawan) / Encik Jesse Quiban (Protokol) / Puan Shafinaaz Abdullah (Inspektorat) selewat-lewatnya pada 1 Disember 2011.

Sekian, terima kasih.

Biro Sukan
Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra

No comments: