10 January 2011

Aktiviti Sukan


Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
akan menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup
Kementerian Luar Negeri Tahun 2011


Tarikh: (Rabu) 26 Januari 2011
Masa: 8.00 malam - 10.30 malam
Tempat: ARL Powerbowl, Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

Selain menggalakkan amalan cara hidup sihat
pertandingan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan meningkatkan semangat kesukanan
di kalangan warga Kementerian Luar Negeri.

Pertandingan ini juga diharapkan
akan dapat mencungkil bakat-bakat baru
untuk mewakili Kementerian ini
dalam kejohanan/pertandingan boling
yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan kelak.

Semua warga Kementerian Luar Negeri dan pasangan
adalah dijemput dan dialu-alukan untuk menyertai
dan seterusnya menjayakan kejohanan ini.

Yuran penyertaan adalah RM35.00 sahaja
bagi setiap peserta, yang juga meliputi:
- Yuran Permainan (untuk 3 games / 30 frames, dan sewaan kasut)
- Jamuan Ringan
- Hadiah dan Sijil Penyertaan
- Baju-T Khas Kejohanan

Borang Pendaftaran perlu dilengkapkan dan dikembalikan
kepada Encik Zulkiply Endut (Bahagian Kewangan dan Akaun)
atau Cik Norhasimah Mohd Nor (Bahagian ICT)
sebelum/pada (Isnin) 17 Januari 2010.

Format Kejohanan; adalah secara individu.
Bagaimanapun, semua peserta akan dibahagikan
kepada kumpulan berasingan secara rawak,
pada hari kejohanan tersebut,
yang mana akan juga bertanding secara berkumpulan.

Hadiah-hadiah yang disediakan adalah:

Kategori Lelaki (Individu):
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat hingga Kesepuluh
Jatuhan Pin Tertinggi: Pertama, Kedua, Ketiga

Kategori Wanita (Individu):
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat hingga Kesepuluh
Jatuhan Pin Tertinggi: Pertama, Kedua, Ketiga

Kategori Berkumpulan:
Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat, Kelima


Kerjasama dan sokongan daripada semua warga Wisma Putra
dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai.


JAWATANKUASA KECIL
KEJOHANAN BOLING

No comments: