01 August 2010

Aktiviti Sukan



Pertandingan Badminton Tertutup Kementerian Luar Negeri 2010

Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
dengan usahasama PERWAKILAN akan menganjurkan
Pertandingan Badminton Tertutup Kementerian Luar Negeri 2010
pada 6, 7 dan 8 Ogos 2010
bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Putra.

Objektif penganjuran pertandingan ini
adalah untuk memupuk semangat kesukanan
di kalangan penjawat awam KLN
di samping merapatkan hubungan silaturrahim
antara penjawat awam KLN dengan ahli PERWAKILAN.

Selain itu, pertandingan ini juga
mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan badminton
untuk mewakili KLN dalam kejohanan sukan yang bakal dianjurkan
oleh pihak luar dan agensi lain.

Butiran pertandingan adalah seperti berikut :

Kategori Pertandingan
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Bergu Lelaki
Bergu Wanita
Bergu Lelaki Veteran (45 tahun dan ke atas)
Bergu Campuran

Penyertaan
Pertandingan ini dibuka kepada semua warga Kementerian Luar Negeri
(ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra)
termasuk warga IDFR, SEARCCT dan PERWAKILAN.

Setiap pemain diwajibkan untuk mengisi borang penyertaan
yang disediakan dan borang tersebut mesti dikembalikan
kepada jawatankuasa pertandingan sebelum 31 Julai 2010.

Yuran Penyertaan:
Acara perseorangan - RM 10.00
Acara bergu - RM 15.00

Peraturan:
Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati
untuk setiap kategori.
Setiap peserta dibenarkan mengambil bahagian
dalam dua (2) acara sahaja.


Hadiah
Hadiah berupa medal dan wang tunai akan diberikan
untuk johan, naib johan dan pemenang ketiga
bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Perseorangan Lelaki/Wanita:
Johan: Medal dan RM200.00
Naib Johan: Medal dan RM150.00
Ketiga: Medal dan RM100.00

Bergu Lelaki/Wanita/Bergu Lelaki Veteran/Bergu Campuran
Johan: Medal dan RM250.00
Naib Johan: Medal dan RM170.00
Ketiga: Medal dan RM120.00

Warga Wisma Putra adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.
Borang penyertaan beserta bayaran boleh diserahkan
kepada jawatankuasa pertandingan seperti di bawah :

i – Encik Rizany Irwan Muhamad Mazlan
ii – Encik Kathiravan Subramaniam
ii – Puan Shafinaaz Abdullah
iv – Cik Norhasimah Mohd Nor
v – Puan Zanariah

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

Ketua Biro Sukan
Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra

No comments: