11 March 2010

Charity Drive


“CHARITY DRIVE – PRIVATE TRACK DAY”
ANJURAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) WISMA PUTRA
BERSAMA KELAB TERJAH BIKERZ BAGI MENGUTIP SUMBANGAN
UNTUK RUMAH JAGAAN TITIAN KASEH, KUALA LUMPUR
PADA 8 JANUARI 2010


Program Kebajikan ini adalah bertujuan
untuk mengutip sumbangan yang dikumpul
sempena acara “Charity Drive – Private Track Day”
dan seterusnya menyerahkan sumbangan tersebut
kepada wakil Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur

Program ini juga untuk mendekatkan usaha sama
dan mewujudkan persefahaman antara pihak swasta (Terjah Bikers)
dan MBJ Kementerian Luar Negeri khususnya

Pendekatan pihak MBJ Kementerian Luar Negeri
membawa anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh
ke Trek Litar Antarabangsa Sepang
adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman menarik
tentang Sukan Dunia Permotoran Bertaraf Dunia di Malaysia
serta mempraktikkan soal keselamatan jalan raya
seterusnya menghidari anak-anak muda dari Rumah Jagaan ini
dari terjebak dalam kancah gejala jenayah jalanan umumnya

Program ini juga dilaksanakan sebagai salah satu
aktiviti amal dan rekreasi Kumpulan MBJ PTPO Kementerian Luar Negeri
dalam agenda tahunan 2010

Peserta yang terlibat dan menjayakan program ini
adalah seramai hampir 115 orang yang terdiri
daripada Rumah Jagaan Titian Kaseh (32 orang)
MBJ Kem. Luar Negeri (40 orang)
dan Kelab Terjah Bikersz seramai (43 orang)

Kutipan dan sumbangan daripada program ini
telah dapat memungut sebanyak RM 5,000 tunai
dan telah diserahkan kepada wakil Rumah Jagaan Titian Kaseh
pada petang hari tersebut.

Kalungan Penghargaan kepada:
Pihak Pengurusan MBJ KLN khususnya
dan semua Warga Wisma Putra yang terlibat


(liputan oleh tv1)

No comments: