01 May 2014

EKSPEDISI HUTAN ROYAL BELUM, GRIK, PERAK



Biro Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah mengadakan Ekspedisi Hutan Royal Belum, Perak dari 1 – 3 Mei 2014.  Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 9 orang wanita yang mengikuti ekspedisi ini. 

Di antara program tersebut termasuk lawatan ke penempatan Orang Asli Suku Jahai di Kampung Aman Damai, Perak. Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli Biro Rekreasi berinteraksi dan melihat secara dekat akan kehidupan suku kaum tersebut.  Bagi menghargai kesediaan Orang Asli tersebut menerima kunjungan ahli-ahli Biro Rekreasi dan bagi merapatkan hubungan dengan mereka, Biro Rekreasi turut menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan, makanan, pakaian serta alat tulis semasa mengunjungi perkampungan mereka. 

Selain merasai pengalaman bermalam di dalam HouseBoat serta memancing, para peserta juga berpeluang melihat bunga terbesar iaitu Raflesia dan juga Santuari Ikan Kelah.