08 November 2012

Majlis Ibadah Qurban Wisma Putra bagi Tahun Hijriah 1433H



Sempena Aidil Adha 1433Hijrah, sebagaimana yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini, Biro Agama, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra sekali lagi mengadakan majlis ibadah qurban untuk tahun ini.

Majlis berkenaan telah diadakan pada hari Tasyrik ketiga iaitu pada hari Isnin, 29 Oktober 2012 .  Harga 1/7 bahagian lembu adalah RM450.00 termasuk upah menguruskannya serta jamuan makan tengahari.

YBhg. Dato' Husnizai Yaacob selaku Naib Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah mengagihkan daging-daging korban kepada wakil-wakil Bahagian. Turut mengiringi beliau adalah Ketua Biro Agama, KSKWP iaitu YBhg. Dato' Syed Sultan Mohd Idris.

Terima kasih.

Disediakan oleh :

Biro Agama, 
Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
8 November 2012