29 March 2012

Aktiviti Sukan 2012

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP KLN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Bola Tampar Tertutup KLN 2012 anjuran Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra telah berjaya diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Bola Tampar, Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya.

Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dankeputusannya adalah seperti berikut:


Bagi pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra, kami mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang tidak berjaya, teruskan usaha anda di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan kejohanan ini serta para penyokong yang datang memberi sokongan kepada para peserta.

Johan: Pasukan Power Ke.com









21 March 2012

Aktiviti Kementerian 2012

KEMPEN MENDERMA DARAH DAN MENGIKRAR ORGAN

Oleh: Cik Nor'airin Abd Rashid (Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim)

Kempen Menderma Darah dan Mengikrar Organ Wisma Putra 2012 telah diadakan pada 12 Mac 2012 di Dewan Serbaguna WP 1, Kementerian Luar Negeri bermula 9.30 pagi – 4.30 petang. Kempen ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional.

Kempen ini adalah kesinambungan kepada Kempen Menderma Darah yang pernah diadakan di Wisma Putra pada 14 Februari 2011. Kempen ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan di bawah naungan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) anjuran Skim PTD Gred M48, M44 dan M41.
Objektif kempen ini adalah untuk menzahirkan keprihatinan warga Wisma Putra terhadap keperluan masyarakat di samping meningkatkan lagi kesedaran berhubung tanggung jawab kemasyarakatan di kalangan penjawat awam secara amnya, dan di kalangan warga Wisma Putra khususnya.

Selain warga warga Wisma Putra, kempen ini turut dibuka kepada penjawat awam daripada kementerian/agensi/ jabatan di sekitar Putrajaya, diplomatik kor dan orang awam. Sambutan yang diterima adalah baik dan memuaskan.

Antara pegawai pengurusan tertinggi yang telah hadir memberi sokongan adalah YB. Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Kementerian Luar Negeri, YBhg. Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri yang juga Pengerusi Majlis Bersama Jabatan; dan YBhg. Dato’ Husni Zai Yaacob, Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala.

Wakil TV3 dan Bernama TV telah hadir untuk membuat liputan mengenai kempen tersebut dan berita tersebut telah disiarkan dalam Berita Bernama pada 12 Mac 2012 jam 8.40 malam.