26 September 2011

AKTIVITI SUKAN

KEJOHANAN BOLA JARING MAKSWIP 2011

Kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 2011 telah berlangsung pada 23 September 2011 (Jumaat) bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan keputusannya adalah seperti berikut:-

Pusingan Pertama

KLN (2) vs MOF (4)KLN (4) vs JPA (8)
KLN (4) vs MSN (14)
KLN (3) vs KKR (4)

** Pasukan Bola Jaring Wisma Putra gagal ke pusingan seterusnya







Pemain Bola Jaring MAKSWIP 2011


1) Puan Ernie Zuraida Bt. Abdul - Pentadbiran & Keselamatan
2) Cik Heti Aznin Osman - ICT
3) Puan Farah Fazarina Mohamad - JPDS
4) Puan Mimi Kaur Ramday - JPDS
5) Puan Nurriha Ahmad - Afrika
6) Noor Saaidah Jamaludin - CLMV & Ocenia
7) Nurwahida Mohd Fauzi - Seksyen Perkhidmatan Psikologi, PSM

19 September 2011

AIDIL FITRI 1432H

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI KEMENTERIAN LUAR NEGERI, 13 SEPTEMBER 2011 (SELASA)

















12 September 2011

Pasukan Kompang Warisan Wisma Putra

Pasukan Kompang Wisma Putra telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan diketuai oleh Encik Mohd Khairul Nizam Abu Husin, Pembantu Am Pejabat, Jabatan Penyelarasan dan Pelaksanaan. Pasukan yang kini berada di bawah naungan Biro Kebudayaan, Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra mempunyai keahlian seramai 20 orang dan telah dibekalkan dengan alatan muzik yang bersesuaian dan pakaian batik sedondon. Pasukan kompang ini bertemu pada hari Selasa, minggu pertama dan ketiga setiap bulan bertempat di Dewan Serbaguna WP2 bagi mengadakan sesi latihan dan sehingga kini, sebanyak 13 buah lagu dilatih untuk persembahan semasa undangan. Pasukan ini aktif dalam menyerikan majlis-majlis perkahwinan kakitangan dan keluarga kakitangan Wisma Putra, selain turut diundang untuk menyempurnakan Hari Keluarga Wisma Putra pada 23 April 2011 yang lalu.













Sekiranya terdapat mana-mana kakitangan Wisma Putra yang berminat untuk menggunakan khidmat Pasukan Kompang ini, sila hubungi Puan Che Yah Hamzah, Pembantu Am Pejabat Unit Pendaftaran Terbuka atau Encik Mohd Khairul Nizam bagi sebarang pertanyaan.