29 May 2011

Video - Family Day


LATEST VIDEO: WISMA PUTRA FAMILY DAY 2011
Resource: Pujangga Studio

15 May 2011

Aktiviti


HARI KELUARGA WISMA PUTRA 2011

Meriah! Sambutan Hari Keluarga Wisma Putra pada 23 April 2011 (Sabtu) di Taman Wetland, Putrajaya disambut penuh meriah dengan dihadiri oleh warga Wisma Putra dari pelbagai peringkat. Hari Keluarga Wisma Putra 2011 telah dirasmikan oleh YB Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Negeri dan turut hadir beramah mesra dengan warga Wisma Putra pada hari tersebut adalah YB Senator Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Luar Negeri, YBhg. Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri dan pegwai-pegawai kanan lain.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dilaksanakan pada hari tersebut adalah aerobik Fit4Life, pertandingan karaoke Wisma Idol, treasure hunt serta pelbagai acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa. Selain daripada itu, Wisma Putra juga telah mengumpulkan 27 kereta pemanduan sebelah kiri, sekaligus berjaya disijilkan “The Largest Gathering of Left-Hand Drive Vehicles in Malaysia” oleh Malaysia Book of Records.