03 December 2010

Aktiviti Sukan

WISMA PUTRA GOLF
MONTHLY MEDAL FOR DECEMBER 2010

Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Putra
will be organising its December Monthly Medal
on Sunday 19 December 2010.

The Game details are as follows:
Date: 19th December 2010 (Sunday)
Tee-off: 1.45pm
Venue: Saujana Impian Golf & Country Club, Kajang
Fee: RM 150.00 (Fee inclusive of green fee,
buggy for twin sharing and a dinner)

All Wisma Putra Golfers
are invited to join.


KETUA BIRO SUKAN

02 December 2010

Tahukah Anda?


AKTA RAHSIA RASMI 1972
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AKTA RAHSIA RASMI 1972
SEKSYEN 8

(1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya
atau kawalannya sesuatu perkataan kod,
syaratimbal atau katajodoh rasmi yang rahsia
atau sesuatu benda, suratan atau maklumat yang

a) Berhubung dengan atau digunakan
di sesuatu tempat larangan atau berhubung dengan
apa-apa jua di sesuatu tempat itu ; atau

b) Berhubung dengan kelengkapan perang ; atau

c) Telah dibuat atau didapatkan bersalahan dengan
akta ini ; atau

d) Telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya
oleh seseorang pegawai awam ; atau

e) Telah dibuat atau didapatkan atau dilihat olehnya,
oleh kerana kedudukannya sebagai seorang yang memegang
atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam,
atau sebagai seorang yang memegang
atau telah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
atau sebagai seorang yang bekerja
atau telah bekerja dengan atau dibawa seseorang yang memegang
atau telah memegang jawatan kontrak itu.

Melakukan mana-mana daripada yang berikut;

Menyampaikan secara langsung atau secara tidak langsung
sesuatu maklumat atau benda tersebut
kepada sesuatu negeri asing yang lain daripada negeri asing
yang kepadanya ia diberikuasa dengan sempurna
bagi menyampaikannya atau kepada seseorang lain yang lain
daripada orang yang kepadanya ia adalah berkewajipan
bagi menyampaikannya ; atau

Menggunakan sesuatu maklumat atau benda
seperti tersebut di atas untuk faedah sesuatu negeri asing
yang lain daripada negeri yang asing yang bagi faedahnya
ia diberikuasa dengan sempurna bagi menggunakannya
atau dengan apa-apa cara lain yang mudarat
kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia ; atau

Menyimpan dalam bilik atau kawalannya mana-mana benda
seperti tersebut di atas manakala ia tidak berhak menyimpannya
atau manakala berlawanan dengan kewajipan bagi menyimpannya,
atau tidak mematuhi segala arahan yang dikeluarkan
oleh pihak berkuasa yang sah berkenaan dengan pemulangan
atau pelupusan benda itu ; atau

Tidak menjaga dengan cara yang berpatutan,
atau tingkahlaku sehingga membahayakan keselamatan
atau rahsia, sesuatu maklumat,
atau benda seperti tersebut di atas.

Maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan
yang boleh dihukum dengan penjara
tidak lebih daripada tujuh tahun
atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit
atau penjara dan denda itu kedua-duanya.

(2) Jika seseorang yang menerima sesuatu perkataan kod,
isyaratimbal atau katajodoh rasmi yang rahsia
atau apa-apa benda, suratan atau maklumat dengan mengetahui
atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai,
pada waktu ia menerimanya itu, bahawa perkataan kod,
isyaratimbal, katajodoh, benda, suratan
atau maklumat itu adalah disampaikan kepadanya
bersalahan dengan Akta ini,
maka ia adalah melakukan suatu kesalahan
yang boleh dihukum dengan tidak lebih daripada tujuh tahun
atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit
atau denda itu kedua-duanya melainkan ia membuktikan
bahawa perkataan kod, isyaratimbal, katajodoh denda,
suratan atau maklumat itu telah disampaikan kepadanya
dengan tidak dikehendaki olehnya.

(untuk maklumat lanjut, Akta Rahsia Rasmi 1972)

01 December 2010

Aktiviti Rekreasi

AKTIVITI BERKHEMAH DAN MENDAKI GUNUNG LEDANG

Biro Rekreasi, Kelab Sukan Dan Kebajikan Wisma Putra
akan menganjurkan satu aktiviti mendaki Gunung Ledang.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini
memilih destinasi Gunung Ledang
kerana laluan pendakian yang bakal ditempuhi
oleh para pendaki adalah tidak terlalu mudah
dan tidak terlalu sukar serta sesuai
bagi pendaki yang baru pertama kali mencuba.

Penyertaan adalah terbuka
untuk semua Warga Wisma Putra.
Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Tarikh: Jumaat–Ahad (17-19 Disember 2010)
Masa bertolak: 3.00 petang
Bayaran: RM 50


KETUA BIRO REKREASI